Monday, May 11, 2009

Kejayaan seorang yang di gelar Peneroka FELDA

1992, aku melangkah keluar dari rumah untuk ke sekolah, aku lihat abah ku sudah berpeluh2 mengidupkan sebuah kapcai buruk untuk menghantar kami adik beradik ke sekolah dan ke , tp nampaknye kami ke sekolah berjalan kaki pade hari tu. Aku terfikir mungkin suatu hari nanti aku akan membela nasib keluarga aku ini. Aku berjanji... tak akan aku persiakan titik peluh abah dan mak yang jatuh ke bumi bertuah yang digelar Felda Sebertak ini...
2009, aku melangkah keluar dari rumah untuk ke bandar, aku lihat abah ku duduk tersenyum sambil membaca surat khabar, tajuk depan " Felda akan menjadi pengeluar sawit dan getah terbaik di dunia". Walaupun jasa abah tidak lah sebesar mane tetapi bagi aku abah ku seorang wira. Dengan hasil sawit ini kami adik beradik kesemuanya dapat masuk ke universiti. Aku bertuah kerana ditakdirkan Allah untuk menjadi warga FELDA...

1 comment: