Monday, May 11, 2009

Persepsi yang melangkaui fakta

Setelah 50 tahun lebih kite merdeka, pelbagai kejayaan yang kita kecapi, Felda diantara penyumbang kepada kejayaan negara kite ini. Agensi yang membela nasib rakyat yang tidak terdapat di mana2 negara lain. Sehingga kini warga Felda sudah mencecah seramai 1.2 juta. Mereka sudah masuk kenegerasi ke-4. Terdiri daripada tokoh korporat yang berjaya, ahli2 profesional, cendiakawan, pendidik dan pelbagai lagi. Tidak ternilainya kurniaan Illahi ini. Kesemuanya dibesarkan dari hasil bumi yang digelar Felda. Semua ini tidak dapat disangkal lagi kebenarannya.
Tetapi mutakhir ini selalu sangat kedengaran persepsi2 negetif tengtang Felda dan kerajaan yang menjayakannya. Pelbagai tuduhan dan fitnah menusuk ketelinga warga2 felda, sehingga mereka lupa semua yang pernah mereka lalui dahulu. Segala ketidak puasan hati mereka seolah diambil kesempatan oleh pihak2 tertentu untuk tujuan mereka sendiri. Kita perlu kembali kepada sejarah, dari mana datangnya kita ini. Bersyukurlah dengan kurniaan Illahi ini, elakkan diri kite tergolong di dalam golongan orang tidak tahu bersyukur dan takkabur.

No comments:

Post a Comment